Monday, November 23, 2009

eKSpidisi brincang iraU....

 
ini la kali pertama dalam hidup aku untuk mencabar diri sendiri untuk mendaki gunung. Gunung Brincang yang berketinggian 6666m dari aras laut yang terletak di cameroon hiighland. Dalam keadaan agak sejuk suhu mencecah 8 darjah celcius, berserta ribut dan angin yang agak kencang pada malam pertama adalah satu pengalaman yang akan mencabar dan manis kerana di harungi dengan sempurna.

Tuesday, October 13, 2009

filem "Pensil"

Filem ‘pensil’ merupakan sebuah filem drama kemasyarakan yang penuh dengan pengajaran dan unsur agama arahan pengarah baru, M. Subash Abdullah yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 12 Jun 2008. Filem arahan pengarah baru M. Subash yang juga penulis skrip, penulis lirik lagu tema (Gelap), dan juga merupakan pelakon utama dalam filem ini, adalah seorang yang berbakat besar. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi milik GPSB, GENIUS PARADE COACHING CENTRE yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur. Filem yang dibintangi M. Subash Abdullah, Maimun Mutalib, Ruminah Sidek, Khatijah Tan dan Jalil Hamid ini menunjukkan keperitan hidup golongan kurang upaya.

Tuesday, September 29, 2009

Twillight : New Moon















 
Cuti panjang yang agak membosankan….tidak tahu apa yg hendak dilakukan…adeh, hampeh tol…. makan tido makan tido…tu je lah keje nye…nasib bet ade member ajak g tgk wayang…hehe…semalam aku bru je tgk cte jiwannggggggg twilight : new moon…mmg jiwang..romantik..tp best…mmg cte tu agak lembab ckit..sbb director tu nk bg kte tengok jalan cte nye mcm mne…so…aku layan je la…klo korg x tgk lg cte yg 1st….ni aku nk gtau skit…cte ttg vampire yg bercinta ngn manusia. Dlam cte yg kedua ni…edward(vampire) telah meninggalkn kekasihnya kerana ingin memburu victoria(vampire jahat) yg ingin membalas dendam dengan bella(kekasih edward)..dlm masa ketiadaan edward, jacob(serigala jadian) yang menjaga bella…hhmmmm….stakt tu je aku nk cte…korg tgk r sendiri k..tp ciyes li..cte tu mmg best..klo korg x tgk lg cte tu…cepat2 la tgk erk..aku bg rate 4/5….

Thursday, February 12, 2009

freedom of speech?? perlu kah??

Kebebasan bersuara di Malaysia tidak seperti diamalkan di sesetengah negara lain kerana negara kita merupakan negara yang baru merdeka. Negara kita juga merupakan negara yang hidup dalam keadaan multiracial. Jadi ada beberapa sentimen yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Aspek ini perlu dikawal sebelum diberikan oleh rakan setelah kita pasti semua entiti masyarakat memahami konteks ini, maka kebebasan bersuara dalam konteks yang lebih luas boleh diamalkan. Setakat ini negara kita tidak mempunyai halangan untuk memberi kebebasan bersuara, malahan perkembangan teknologi maklumat pada hari inipun memberi banyak ruang kepada ahli masyarakat, rakyat di Malaysia untuk mengeluarkan suara-suaranya. Selagi kebebasan bersuara tidak menjejaskan keharmonian masyarakat sama ada interculture mahupun intraculture, selagi itu kita diberi kebebasan.