Thursday, February 12, 2009

freedom of speech?? perlu kah??

Kebebasan bersuara di Malaysia tidak seperti diamalkan di sesetengah negara lain kerana negara kita merupakan negara yang baru merdeka. Negara kita juga merupakan negara yang hidup dalam keadaan multiracial. Jadi ada beberapa sentimen yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Aspek ini perlu dikawal sebelum diberikan oleh rakan setelah kita pasti semua entiti masyarakat memahami konteks ini, maka kebebasan bersuara dalam konteks yang lebih luas boleh diamalkan. Setakat ini negara kita tidak mempunyai halangan untuk memberi kebebasan bersuara, malahan perkembangan teknologi maklumat pada hari inipun memberi banyak ruang kepada ahli masyarakat, rakyat di Malaysia untuk mengeluarkan suara-suaranya. Selagi kebebasan bersuara tidak menjejaskan keharmonian masyarakat sama ada interculture mahupun intraculture, selagi itu kita diberi kebebasan.