Tuesday, October 13, 2009

filem "Pensil"

Filem ‘pensil’ merupakan sebuah filem drama kemasyarakan yang penuh dengan pengajaran dan unsur agama arahan pengarah baru, M. Subash Abdullah yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 12 Jun 2008. Filem arahan pengarah baru M. Subash yang juga penulis skrip, penulis lirik lagu tema (Gelap), dan juga merupakan pelakon utama dalam filem ini, adalah seorang yang berbakat besar. Beliau juga merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi milik GPSB, GENIUS PARADE COACHING CENTRE yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur. Filem yang dibintangi M. Subash Abdullah, Maimun Mutalib, Ruminah Sidek, Khatijah Tan dan Jalil Hamid ini menunjukkan keperitan hidup golongan kurang upaya.

Filem pensil ini juga di senaraikan sebagai filem yang mempunyai tempoh yang paling singkat pengambarannya di Malaysia. Menurut penerbitnya Surenthar dari GENIUS PARADE SDN. BHD. (GPSB) berkata, punca utama filem pensil yang hanya mengambil masa ‘6 Hari’ penggambaran, adalah kerana kekurangan bajet. Namun hasil kerjasama tenaga kerja Pengarah Filem (M. Subash) dan Pengarah fotografi (Indra Che Muda) yang pandai menyusun jadual pengambaran, bajet yang memadai sudah cukup untuk menghasilkan filem yang penuh dengan nilai-nilai moral dan kemanusiaan.

Sinopsis
Mengisahkan Badrul yang keturunan India dibesarkan oleh sebuah keluarga melayu yang menghadapi hari-hari dalam hidupnya bersama ibu tiri yang membencinya. Badrul yang mengalami demam panas sewaktu kecil dan bila besar beliau kurang sempurna atau kurang upaya. Walaupun dalam keadaan yang kurang upaya tetapi Badrul seorang yang berdikari. Semua benda yang dia buat sendiri tanpa meminta ehsan orang lain. Badrul tinggal dikampung bersama ibu tirinya. Bapanya sudah meninggal dunia. Atuk Indianya sebelah mak kandung dia masih ada. Manakala mak kandung dia juga sudah meninggal dunia juga. Maimon Mutalib membela Badrul kerana dia menganggap Badrul adalah anak suami dia. Badrul juga mempunyai sorang nenek, ibu mertua kepada Maimon Mutalib juga masih hidup.

Badrul yang dibesarkan oleh ibu tiri yang tidak menyukainya. Badrul seorang anak yang baik dan taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia juga mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya. Selain itu juga, dia dianggap pembawa sial dan malang dalam keluarga. Satu kegemaran badrul ialah melukis. Dalam hidupnya wang hanya diperlukan untuk membeli pensel dan kerta buat melukis. Selebihnya tidak apa yang diperlukan. Filem ini mengisahkan Badrul 

Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.
Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih sayang dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid.

Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.
Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.
Orang seperti Badrul, yang cacat dan berjalan pun pengkor berusaha untuk mencari rezeki. Dia tidak pernah menolak apa yang di anugerahkan oleh tuhan itu. “Tidak ku pinta, lahir ke dunia, tidak ku duga cacat sebegini” itu lah yang berlaku kepada badrul. Dia redha atas dirinya. Dalam petikan pensil ada menyebut :
“Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat” – badrul-
Allah memberikan rezeki kepada semua makhluk nya tidak kira yang sempurna mahupun cacat.
Firman Allah s.w.t
“Dia yang menguasai laut, supaya kamu makan daging (ikan) yang lembut, supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan kamu lihat kapal belayar di laut dan supaya kamu mencari kurnia Allah (rezeki), mudah mudahan kamu berterima kasih kepadanya”.
(ayat 14 surah An-Nahl)
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
(ayat 11 surah Ar-Ra’d)
Hanya saja kita manusia perlu berusaha. Kadang-kadang rezeki itu terhalang hanya satu langkah di depan kita. Filem ini telah mengkritik sikap manusia yang malas bekerja. Mereka lebih senang meminta-minta. Namun bekerja tetap malas. Badrul dalam filem ini, demi mencari rezeki sanggup menjual kerepek, kemudian mengutip tin kosong untuk dijual. Realitinya kita selalu terserempak dengan apek atau nyonya yang memunggah-munggah tong sampah mengutip tin kosong dan kotak untuk dijual. Ya apek dan nyonya. Walau sebangsat mana pun mereka, meminta-minta itu sangat jauh dari senarai ikhtiar mereka. Itulah orang Cina.

No comments:

Post a Comment