Sunday, December 25, 2011

wang kertas dan duit syiling baru 2012


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling peringatan untuk edisi ketiga pada julai 2012. Pembaharuan itu bukan hanya pada gambar tapi ciri keunikannya yang melambangkan budaya dan warisan negara. selain itu ciri-ciri yang terdapat pada duit syiling nya melambangkan flora alam semulajadi  yang kaya di Malaysia.

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10sen dan 20 sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 negeri dan wilayah persekutuan. Motif untuk duit syiling pula mempunyai 5 garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut :


  • Denominasi 50sen - ikon Sulur kacang
  • Denominasi 20sen - ikon Bunga Melur
  • Denominasi 10sen - ikon Orang Asli Motif
  • Denominasi 05sen - ikon Destar Siga



Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan. -Bank Negara Malaysia-


Wednesday, July 20, 2011

malaysia vs Singapore 28 july 2011









Tahniah ke atas pasukan Harimau Malaya, pada baru-baru ini telah menewaskan Chinese Taipei (Taiwan) dalam pusingan pertama kelayakan Bola Sepak Piala Dunia. Malaysia mencipta sejarah pertama apabila layak menempatkan tempat pada pusingan kedua kelayakan piala dunia yang akan menentang jiran senegara iaitu singapura. perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 28 julai ini. Marilah kita sama-sama saksikan perlawanan tersebut...Majulah Sukan Untuk Negara. Semoga berjaya Pasukan Harimau Malaya.


Tiket perlawanan antara Malaysia vs Singapura akan mula dijual secara online rabu ini dan melalui kaunter akan bermula pada jam 9 hingga 7 malam 26 dan 28 haribulan yang bertempat di ;

Stadium MBPJ
Stadium Shah Alam
Stadium Nasional Bukit Jalil

Harga tiket

Grandstand ; RM 50
Terbuka ; RM 30
Kanak-kanak ; RM 5

Tuesday, July 19, 2011

Angry Bird for A reaL


karekter 'Angry Bird'

Kardinal Utara atau Burung Merah adalah spesis burung Amerika Utara. Boleh di jumpai di Selatan Kanada,Amerika Syarikat dan juga boleh dijumpai dikepulauan Hawaii dan Oahu. habibat di hutan, taman, tanah belukar dan paya.  Cardinalis
Plumbeous Water-redstart (Rhyacornis fuliginosa) adalah spesis burung Asia. Boleh dijumpai di  Afghanistan, Bhutan, China, India, Myanmar, Thailand dan Vietnam. 
Burung Bunting Salji (Plectrophenax nivalis), ataupun burung salji.Boleh di jumpai di tengah-tengah Scotland dan juga di sempadan Alaska - Yukon. habitat kehidupan di kawasan artik dan bersalji. 
The Yellow-rumped Thornbill (Acanthiza chrysorrhoa) adalah spesis yang terdapat di Australia. habitatnya di hutan savana, semak dan di sepanjang hutan Australia.
Common Blackbird, juga dikenali sebagai burung hitam serani terutamanya di Amerika Utara. Ia juga boleh dijumpai di Eropah, Asia dan Afrika Utara termasuklah kepulauan besar Australia dan New Zealend.
unknown green bird - macam burung kakak tua je
ada 1 lg karekter angry bird yg xda... malas nk upload..hehehe