Sunday, December 25, 2011

wang kertas dan duit syiling baru 2012


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling peringatan untuk edisi ketiga pada julai 2012. Pembaharuan itu bukan hanya pada gambar tapi ciri keunikannya yang melambangkan budaya dan warisan negara. selain itu ciri-ciri yang terdapat pada duit syiling nya melambangkan flora alam semulajadi  yang kaya di Malaysia.

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10sen dan 20 sen memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 negeri dan wilayah persekutuan. Motif untuk duit syiling pula mempunyai 5 garis mendatar yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut :


  • Denominasi 50sen - ikon Sulur kacang
  • Denominasi 20sen - ikon Bunga Melur
  • Denominasi 10sen - ikon Orang Asli Motif
  • Denominasi 05sen - ikon Destar Siga



Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan. -Bank Negara Malaysia-


No comments:

Post a Comment